Part III : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Assalamualaikum!

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Ok, Kali ni AB nak share berkenaan pakaian.
  • LELAKI DAN PEREMPUAN
  1. Nametag.
- Ukuran : 2.5mm x 7.5mm.
- Tidak melebihi 12 huruf.
- Hanya 1 nama. Contoh Muhammad Haniif. Letak sama ada  'Muhammad' atau 'Haniif' sahaja.
- Background hitam. Tulisan putih.
- Dipakai disebelah kiri dada (atas poket kot bagi yang lelaki).

  • LELAKI
  1. Kemeja (seeloknya putih)
  2. Seluar slack (seeloknya hitam)
  3. Tali leher (seeloknya berwarna merah)
  4. Tali pinggang sama warna dengan kasut.
  5. Kasut berwarna gelap.
  6. Stokin hanya mempunyai 1 warna dan seeloknya berwarna gelap.
  7. Rambut disisir kemas. Bagi yang memakai songkok, pastikan songkok bersih, dan dipakai dengan kemas, NO rambut panjang.
  8. Kot :
-berwarna gelap
-plain, takde jalur atau corak
-mempunyai 3 butang
-butang berada disebelah kanan sewaktu kot dipakai dan lubang butang disebelah kiri.
-mempunyai 3 poket. Satu disebelah dada kiri, dua lagi dibawah macam biasa.
-mempunyai poket kecil disebelah dalam kot sebelah kiri (optional sebab orang tu tak suruh bukak kot pon untuk check)
-mempunyai cutting untuk lelaki (besar dibahagian bahu)


  • PEREMPUAN
  1. Baju kurung/baju kebangsaan mengikut kaum
  2. Warna pada baju seeloknya tidak melebihi 3 tona warna.
  3. Bagi calon muslimah, seeloknya pakai tudung bawal dan elakkan shawl melilit yang over.
  4. Gunakan brooch yang sederhana. Elakkan guna brooch yang bergugus macam buah anggur tu. Pinkan ditempat yang sepatutnya.
  5. Bagi calon non-muslim yang berambut panjang, ikatkan rambut anda secara 'ponytail' ataupun 'bun'. Bagi yang rambut pendek, sisir rapi. Pakai la conditioner/minyak rambut untuk pastikan rambut kelihatan bermaya dan tak menggerbang.
  6. Kurangkan pemakaian aksesori.
  7. Kenakan solekan yang sederhana. Supaya muka tak nampak pucat.
  8. Stokin hanya mempunyai 1 warna dan seeloknya berwarna coklat/beige.
  9. Kasut tumit tinggi plain berwarna gelap. Jangan pakai yang ada reben, bunga-bungaan,lace dan sebagainya. Ada kes, calon tak dibenarkan masuk sebab kasut ade bunga-bunga. Tinggi tumit lebih kurang 1 inci pon dah ok.
  10. Kot. Ada sedikit perbezaan antara kot lelaki dan kot perempuan :

-berwarna gelap
-plain, takde jalur atau corak
-mempunyai 2 butang
-butang berada disebelah kiri sewaktu kot dipakai dan lubang butang disebelah kanan.
-mempunyai 2 poket dibahagian bawah macam biasa.
-mempunyai poket kecil disebelah dalam kot sebelah kiri (optional sebab orang tu tak suruh bukak kot pon untuk check)
-mempunyai cutting untuk perempuan

Untuk makluman, pemakaian kot tidaklah wajib. Tapi penampilan kita akan nampak lebih kemas dan meyakinkan kalau pakai kot. Rules pemakaian kot masa temuduga:

  1. Jejak kaki kat entrance JPM je,terus pakai kot. Ingat, 1st impression tu penting.
  2. Sewaktu beratur tepi bilik tu, sila butangkan kot anda. Butang 1 je pon ok.
  3. Bila panel dah suruh duduk, pastikan butang dah dibukak dulu sebelum duduk. Panel akan judge ye siapa yang duduk tanpa bukak butang. Siaplah korang kene sound nanti.


Waktu sesi AB, kami tak ditegur ataupun ditanya mengenai etika pemakaian guru. Tapi kawan AB dari IPG ditanya. Wallahualam tak tau kenapa. Tapi kita playsafe je la ye. Ikut je la, tak susah mana pon.

Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

 Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment